Ibu Naruto - Uzumaki Kushina:Emak Naruto, berasal dari negara Puting Beliung (Whirlpool Country). Uzumaki dan Naruto sendiri bermaksud pusaran, pusaran angin.Kenapa Naruto dinamakan bersempena dengan Uzumaki Naruto, dan bukannya Namikaze Naruto? Rahsianya adalah berkaitan dengan 'root'. Asal-usul Naruto dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.Sebagaimana Gaara, yang mewarisi Shukaku (Ichibi - Rakun Ekor Tunggal), selaku anak kepada salah seorang Kazekage, begitu juga Naruto, anak kepada salah seorang Hokage, mewarisi Kyuubi (Rubah Ekor Sembilan). Kyuubi dibelenggu ke dalam tubuh Naruto oleh Minato, sebagai satu cara untuk menyelamatkan Konoha dari terus diserang oleh raksasa berekor sembilan tersebut.Akibat tindakan Minato itu, Minato hilang nyawanya, manakala Naruto pula membesar sebagai seorang budak malang, ditakuti dan dipandang serong oleh orang-orang kampung, kerana dia dianggap sebagai jelmaan Syaitan Rubah Berekor Sembilan itu.Minato dikenali sebagai Yellow Flash atau Kilat Kuning, kerana kepantasan luar biasa yang dimilikinya menerusi Jurus Terbang Dewa Guruh. Minato berupaya menyeru Raja Kodok iaitu Gamabunta, dan merupakan pencipta jurus Rasengan. Jurus ini tidak berjaya disempurnakan oleh Minato. Jiraiya kemudiannya mewariskan jurus Rasengan kepada Naruto.
Naruto berjaya menggabungkan jurus Rasengan dengan salah satu elemen semula jadi, iaitu angin menjadikan jurus Rasengan meningkat ke satu tahap yang menggerunkan, dikenali sebagai Fuuton Rasen Shuriken - Putaran Angin Shuriken. Jurus yang merbahaya ini tidak boleh dipakai sebarangan kerana akan membawa kerosakan terhadap badan penggunanya.Naruto mewarisi rupa paras Minato, tetapi perangainya adalah sama seperti ibunya, Uzumaki Kishuna. Minato, seorang genius ninja yang terhandal dalam sejarah dunia ninja, merupakan seorang yang bijaksana, matang dan tenang, manakala Kishuna yang berambut merah, merupakan wanita yang berperwatakan tomboi.
No comments:
Post a Comment