Pages

Friday, March 12, 2010

Andy Lau Tak Jadi Kahwin Pula?


  Hai, tak tahulah pula mana mana betul, yang mana tidak. Hari tu Murai Batu dengar desas-desus mengatakan bintang Cantopop, Andy Lau, akan berkahwin dengan wanita pilihannya daripada Ipoh, Perak, iaitu Carol Chu. Katanya, mereka dah pun saling mengenali sejak 24 tahun lalu.


Tapi tup tup dengar gosip baru minggu lepas, majlis itu dah tak jadi pula? Apa kes?


Mengikut laporan media massa berbahasa Cina, awalnya Andy mahu berkahwin apabila mendapati kekasihnya itu sudah berbadan dua. Jadi bersemangatlah dia hendak menjadi seorang suami dan ayah.


Kemudian tersebar pula berita mengatakan hasrat itu dibatalkan oleh Andy sebab Carol sebenarnya tidak hamil! Ketika muncul dalam konser di Guangzhou, China, minggu lepas, Andy dilaporkan telah menafikan tentang desas-desus perkahwinannya dengan Carol itu yang sebelum ini dikatakan akan berlaku di Malaysia pada April ini.


Ada juga pihak berkata, pembatalan itu disebabkan desakan yang keterlaluan daripada pihak media tentang hubungan dan perkahwinannya itu. Tapi, kalau Murai Batu jadi Andy, kalau dah Carol setia menunggu selama 24 tahun, elok saja disunting menjadi isteri.

1 comment: