Blogger yang masuk Guinness World Record
Salam kembali to all. Beberapa hari yang membingungkan akhirnya semua selesai behind schedule. Yeah, dapat blogging balik. Thanks to all yang ada melawat blog, I will follow korang lepas ni ok.
Entri kali ini saya akan berkongsi fakta lama tapi baru sahaja saya dapat iaitu "Blogger yang masuk Guinness World Record". Siapa ya orang ini? ada juga kah yang dapat title camni? memanglah ada. Kalau namanya rekod dunia, semua jenis rekod ada, dari yang paling mengarut kepada yang paling pelik.
Yusuke Kamiji
Siapa-siapa yang kaki drama/movie jepun mesti pernah "ter" tengok orang ni berlakon. Blog Yusuke Kamiji ini telah dianugerahkan gelaran "MOST UNIQUE USERS ON A PERSONAL BLOG IN 24 HOURS" oleh Guinness World Record dengan unique visitor sebanyak 230,755 dan mempunyai pengunjung lebih kurang 5-6 juta sehari. Pengunjung yang paling banyak adalah 13,171,039 pada 12th April 2008. Untuk para blogger pasti sudah tahu apa maksud unique view kan?
Gambar sekadar hiasan
Unique view merupakan pengunjung yang berlainan pada satu-satu masa. Unique view ini dikira hanya "satu" bagi setiap pengunjung. Kalau kamu lawat ke laman web tersebut berkali-kali pun, unique view tetap dikira sebagai satu. Bagi sesiapa yang mau melawat laman web Encik Yusuke ni boleh lah ke Yusuke Kamiji.
Oh ya, jangan lupa menggunakan Babelfish untuk mentranslate kan laman web itu, sebab saya sendiri pun tak faham tulisan jepun, kalau bahasa jepun *arigato*sayonara*hait-hait* boleh lah. Dengan itu(cewah), bersama-samalah kita ber *view2* blog antara blogger ok. Thanks
C ya,
*resTime*


No comments:
Post a Comment