Pages

Friday, March 12, 2010

Fesyen Badut: Didi, Enot Pertahan Diri


  Gara-gara fesyen pelik sewaktu sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) baru-baru ini, pelakon komedi Didi Alias dan Enot telah dilabelkan sebagai badut sarkas oleh salah satu akhbar tempatan.

Kesal dengan  gelaran itu yang dianggap mereka agak terlalu kasar untuk diterima, Didi dan Enot bagaimanapun berpendapat teguran itu sedikit-sebanyak dapat membantu  memperkenalkan pereka fesyen baju mereka yang nyata masih baru dalam dunia fesyen tempatan.

Sama ada Didi mahupun Enot, mereka sama sekali tidak menyangka fesyen pakaian yang digayakan mereka berdua sewaktu menghadiri majlis berkenaan telah mendapat kritikan hebat, sedangkan secara peribadi mereka berdua amat berpuas hati dengan rekaan busana daripada Ariff Shukor itu.

"Bagi kami tajuk 'badut sarkas' itu sangat kasar bunyinya dan rasanya tak sesuai untuk dijadikan tajuk utama.  Malah kami rasa ianya tidak adil buat pereka fesyen kami yang masih baru lagi dalam bidang ini.

"Lagipun pula rekaan Ariff pada hari itu tidaklah terlalu buruk seperti yang diperkatakan. Cuma mungkin masih banyak lagi yang perlu dia pelajari Ariff untuk melahirkan rekaan yang lebih baik.

"Dan kami di sini mahu bertanya, adakah badut sarkas yang diumaksudkan penulis itu, ditujukan kepada kami atau baju kami atau kedua-duanya sekali?," ujar kedua-dua finalis kategori Pelakon Komedi Popular ABPBH 2009 yang nyata masih kurang jelas dengan maksud sebenar wartawan akhbar tersebut.

Didi berkata, sebagai pelakon yang sudah berpengalaman 20 tahun dalam bidang lakonan, dia tidak pernah cerewet dalam soal  berpakaian, kerana sering percaya dengan kewibawaan pereka fesyen pakaiannya.

Katanya, Ariff terlebih dahulu telah dibawa berbincang iaitu 2 minggu awal sebelum berlangsungnya majlis berkenaan supaya penampilan mereka akan dapat disesuaikan dengan kehendak seta tema acara itun nanti.

Malah kata Didi, bagi menghormati Cetusan Warna sebagai tema untuk penganjuran ABPBH 2009, dia dan Enot telah berbincang serta bersetuju untuk tampil dengan rekaan sesuai mengikut kategori yang dipertandingkan mereka berdua.

Maka terciptalah Cetusan Warna rekaan Ariff Shukor yang telah diberi penghormatan melalui laluan runway majlis pada perang berkenaan.

"Sebenarnya, kami sama-sama telah berbincang untuk nampak lain daripada yang lain pada majlis berkenaan. Bagi kami berdua, jika fesyen Lady Gaga dapat diterima baik oleh ramai pihak, mengapa pula penampilan kami dikritik? Lagipun pula kami dicalonkan bagi kategori pelakon komedi popular, jadi rasanya tidak ada salahnya dengan tema pkaian kami?

"Mungkin ini bermaksud, selepas ini kami perlu tampil dengan fesyen yang lebih pelik pada majlis kemuncak ABPBH nanti. Mungkin juga fesyen ular di kepala? Mana tahu? Kerana tujuan kami hanya satu iaitu untuk menceriakan majlis, itu saja," kata Enot.

Sementara itu jelas Didi, mereka tidak pernah menyalahkan  Ariff dalam perkara ini kerana menyedari itu adalah kali pertama mereka telah  dipertemukan dan bukan juga bermaksud petanda akhir untuk mereka terus bekerjasama.

Namun jelas Didi, apa yang pasti dia amat berpuas hati dengan kesungguhan serta rasa hormat pereka fesyen muda berkenaan yang sudi meluangkan masa serta menyiapkan pakaian mereka berdua meskipun dihambat dengan tempoh masa yang singkat.

"Saya dapat rasakan, Ariff mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan pakaian kami. Entah sama ada dia bajet untuk dapatkan kain, itu semua kita tak tahu. Meskipun begitu dia masih tetap menerima pandangan kami secara baik sebelum menyiapkannya.

"Mungkin selepas ini, kami akan menunjukkan Ariff rekaan sebenar kesukaan kami, supaya dia boleh mendapat pemahaman yang lebih terperinci. Bagaimanpun kami berdua sangat bangga dengan hasil kerja Ariff, walau apapun kata orang di luar sana," katanya.

No comments:

Post a Comment