Pages

Saturday, March 13, 2010

Konsert Tirai: Iwan, Ain Paling Menonjol

Bertempat di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, konsert Tirai Akademi Fantasia 8 (AF8) yang disiarkan secara langsung di Astro Ria saluran 104 berjalan lancar dengan persembahan mantap barisan 12 pelajar AF8, malam tadi.

Sungguh pun belum mendapat tunjuk ajar yang sepenuhnya daripada  barisan tenaga pengajar yang diketuai Norman KRU selaku pengetua, secara keseluruhan pelajar lelaki nampaknya menjadi majoriti yang mendapat lebih pujian daripada pengkritik tetap AF8 iaitu Aznil Hj Nawawi, Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura.

Sungguhpun begitu, pelajar lelaki yang paling menonjol pada malam itu adala  Iwan yang berasal dari Seremban dan berdarah Melayu-Cina. Dia telah mendapat tepukan yang paling emuruh daripada penonton dengan membawakan lagu Coba dari Faizal Tahir berdasarkan persembahannya yang mantap.

Sorakan gemuruh juga turut diberikan kepada Ain yang mendendangkan lagu the The Climb dari Miley Cyrus. Apapun, konsert pada malam tadi lebih menonjol dengan kemasukan Aznil sebagai pengkritik. Malah, setiap komen dari pengacara ini sering dinanti dan mendapat sokongan penonton yang berada di dalam dewan.

Berikut adalah komen paling menarik yang diberikan pengkritik bagi setiap pelajar.


Farina(Tiada Lagi)  Adlin: Semua ok tapi kenapa terlalu banyak karaktor dalam nyanyian awak.

Shah (Drama King)
Ning: Permulaan yang sangat baik. Agak terpukau melihat persembahan awak.

Anum (Peleset Kota)
Adlin: Mula-mula macam harimau tetapi selepas tu macam orang stim atau mabuk.

Daus (Bye Bye Bye)

Aznil: Ini bukan lagu untuk awak. Awak dah rugi satu konsert.

Ema (Tiada Lagi Tangisan)
ADLIN: Ok...tapi macam bising. Jangan gelojoh sangat.

Adira (Gagap)
Aznil: Sukar nak dengar kemerduaan dan gemersik suara awak. Lagu ini tak serlahkan vokal awak.

Maulana (Tekad)

Ning: Mempunyai tone yang sangat baik.

Alif (Live Like We're Dying)

Adlin: Saya tak pernah jumpa suara macam ini dalam AF.

Nad (Gantung)

Adlin: Macam terkemut-kemut.

Iwan (Coba)
Ning: Lagu ini memberi gambaran baik untuk anda.

Shahir (Andalusia)

Aznil: Persembahan terlalu bersih. Tak pandai pakai aksesori.

Ain (The Climb)

Ning: Persembahan paling best. Tak sabar nak tunggu minggu depan.

No comments:

Post a Comment