Pages

Saturday, March 13, 2010

Oscar: The Hurt Locker Benam Avatar




Acara Anugerah Academy kali ke-82 yang berlangsung di Kodak Theater sebentar tadi menyaksikan wanita berusia 59 tahun itu telah berjaya  mengetepikan bekas suaminya James Cameron (Avatar), yang sebelum ini disebut-sebut bakal merangkul gelaran itu.

Selain Cameron, Bigelow turut menewaskan tiga pengarah lain iaitu Lee Daniels (Precious), Quentin Tarantino (Inglourious Basterds) dan Jason Reitman (Up in the Air).

Lebih mengecewakan peminat Avatar pastinya apabila menyaksikan The Hurt Locker yang mengisahkan peperangan di Iraq turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik 2010.

Sebaliknya, The Hurt Locker turut menyerlah apabila memenangi 6 anugerah lain termasuklah kategori Suntingan filem, Suntingan Suara, Adunan Suara dan Lakonlayar Asal.

Manakala, Avatar yang berkonsep sci-fi pula dilihat langsung tidak berjaya memenangi sebarang anugerah utama kecuali bagi kategori Kesan Visual, Pengarahan Seni dan Sinematografi.

Melalui kategori lakonan pula menyaksikan Jeff Bridges iaitu pelakon Crazy Heart merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik mengetepikan George Clooney (Up in the Air), Colin Firth (A Single Man), Morgan Freeman (Invictus) dam Jeremy Renner (The Hurt Locker).

Dalam kategori Pelakon Wanita pula Sandra Bullock yang membintangi The Blind Side nyata unggul merangkul anugerah itu. Beliau bersaing dengan pelakon hebat seperti Helen Mirren (The Last Station), Carey Mulligan (An Education) Gabourey Sidibe (Precious) dan Meryl Streep (Julie & Julia).

Manakala Christoph Waltz (Inglourious Basterds) dan Mo'Nique (Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire) muncul sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam kategori lelaki dan perempuan.


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Academy kali ke-82

1) Filem Terbaik - The Hurt Locker

2) Pengarah Terbaik - Kathryn Bigelow (The Hurt Locker)

3) Pelakon Lelaki -  Jeff Bridges (Crazy Heart)

4) Pelakon Wanita - Sandra Bullock (The Blind Side)

5) Pelakon Pembantu Lelaki - Christoph Waltz (Inglourious Basterds)

6) Pelakon Pembantu Wanita - Mo'Nique (Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire)

7) Filem Asing - El Secreto de Sus Ojos (Argentina)

8) Adaptasi Lakonlayar - Geoffrey Fletcher (Precious: Based on the Novel `Push' by Sapphire)

9) Lakonlayar Asal - Mark Boal (The Hurt Locker)

10) Filem Anismasi - Up

11) Pengarahan Seni - Avatar

12) Cinematografi – Avatar

13) Adunan Suara - The Hurt Locker

14) Suntingan Suara - The Hurt Locker

15) Skor Asal- Michael Giacchino (Up)

16) Lagu Asal - The Weary Kind (Tema lagu Crazy Heart)

17) Kostum - The Young Victoria

18) Dokumentari - The Cove

19) Dokumentari (subjek pendek) - Muzik oleh Prudence

20) Suntingan Filem - The Hurt Locker

21) Makeup - Star Trek

22) Anismasi Pndek – Logorama

23) Filem Pendek - The New Tenants

24) Kesan Visual - Avatar

No comments:

Post a Comment