Pepatah Melayu ada mengatakan menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sebab itulah bila kita berbuat sesuatu perkara kita kena fikir masak-masak dulu. Janganlah berbuat sesuatu tindakan atau perkara secara melulu. Sebab bahananya akan kena pada diri sendiri.
Murai Batu cakap macam ini pun sebab ada kena-mengena dengan kes isu si pelakon Tari Tirana, Ammar Alfian menghentam wartawan hiburan dalam akaun facebooknya.
Dalam akaun facebook itu, Ammar telah meluahkan rasa bengangnya sebab kononnya wartawan sudah buat cerita tak betul tentang kes dia bergaduh dengan kekasihnya Puteri Sarah waktu dia menghadiri tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie.
Tak kisahlah kalau pun puncanya bukan pasal dia cemburu bila tengok Sarah bergamabr mesra dengan Nabil Raja Lawak tapi apa yang nyata memang dia ada meninggikan suara dengan Sarah dan pertelingkahan mereka turut disaksikan orang yang ada di sekeliling.
Tapi, bukan itu yang Murai Batu nak cakapkan kat sini. Apa yang Murai Batu nak kasi tau ialah selepas insiden itu berlaku, ramailah wartawan hiburan yang tak puas hati.
Kalau Ammar setakat bengang dengan laporan yang dianggap palsu itu, tidak mengapalah tapi janganlah sampai menghina, mencaci maki wartawan hiburan dan menganggap mereka ini macam sampah.
Kalau Ammar rasa dia tak perlukan wartawan, tidak apalah. Tapi yang peliknya, sekarang ini dia terhegeh-hegeh pula nak minta maaf dari wartawan hiburan. Ammar ingin berbuat demikian dalam satu sidang media yang akan diadakan di PWTC, pada petang ini anjuran daripada pihak Persatuan Seniman.
Reaksi dari wartawan hiburan pulak?
Murai Batu dengarlah mereka macam malas nak layan kerenah si Ammmar ni. Lagi pun, iya ke si Ammar ni nak minta maaf secara ikhlas. Janganlah hari ni minta maaf tapi esok buat lagi. Tapi ada pulak yang cakap inilah masanya untuk mereka berdepan sendiri dengan Ammar untuk berdebat serta menggerudinya secara berhabis-habisan.

No comments:
Post a Comment