Pages

Friday, March 12, 2010

Cinta Gavin-Amani Sampai Ke London!

Seronok betul kawan Murai Batu bila dapat berjumpa dengan guru lakon Fatimah Abu Bakar dalam majlis memperkenalkan 12 barisan pelajar Akademi  Fantasia Musim Ke-8, petang semalam.

Macam-macam cerita yang cikgu Fathie (panggilan mesra untuk Fatimah) kongsikan bersama iaitu daripada  kisah lucu waktu zaman dia mula-mula terlibat dengan AF, tentang perkembangan anak-anak serta cucu kembarnya hinggalah era dia membesar di tempat kelahirannya iaitu di Pulau Pinang.

Terlanjur Cikgu Fathie tengah rancak bercerita tentang anak-anaknya itu, kawan Murai Batu pun sempatlah bertanyakan tentang status hubungan cinta di antara Sharifah Amani, 23,  dengan jejaka dari United Kingdom, Gavin Stenthouse, 23.

Alah si Gavin yang berlakon dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa: The Malay Chronicles terbitan KRU Studios tu. Dalam filem arahan Yusry Abdul Halim ini, Gavin telah membawakan watak sebagai Putera Rom.

Masa berlakon cerita inilah, kedua-dua mereka dipertemukan. Tapi, masa tu Amani  hanya jadik pembantu pengarah stunt. Mula-mula mereka memang tak bercakap sangat tapi bila meraka dah mula bersembang, Amani dengan Gavin terus jadi rapat.

Berbalik pada soalan kawan Murai Batu pada Cikgu Fathie tadi, dia pun jawablah yang hubungan Nani (Amani) dengan Gavin masih lagi berterusan.

Malah, kata Cikgu Fathie, Nani turut dipelawa oleh keluarga Gavin untuk datang berjalan-jalan di London sempena cuti Krismas pada hujung akhir tahun lalu. Tapi kesian Nani. Sebab dia tak tahan sangat dengan cuaca sejuk.

Kebetulan pula cuaca sejuk di London akhir tahun lalu adalah antara yang terburuk yang pernah melanda kota kebanggaan masyarakat British itu.

Jadi, Nani tak habis-habis menelefon Cikgu Fathie dan merungut yang dia tidak tahan dengan cuaca sejuk di situ. Tapi yang penting, baik Nani mahupun Gavin, mereka  masih lagi serius berkawan.

2 comments:

  1. erk..tak risau ke anak dia jalan jauh2 dengan orang asing..hmm

    ReplyDelete
  2. Alaa.... diorang just tengok dunia luar la sekali sekala.....

    ReplyDelete