Pages

Saturday, March 13, 2010

EPISOD 5: Diddy Dirasuk, Akim Tipu Peminat?




Istimewa buat peminat Akademi Fantasia (AF), Apa Kata M?(AKM) minggu ini secara eksklusif membawakan ruangan-ruangan menarik dalam akademi iaitu kediaman pelajar AF8.

Tambah menarik, bintang AF4, Diddy Hirdy turut diundang untuk menjadi orang yang terawal mengunjungi akademi sebelum pelajar AF8. Bagaimanapun, semasa berkongsi cerita mengenai perbezaan akademi dulu dan kini, Diddy secara tiba-tiba mengakui dirinya pernah dirasuk.

Lebih mengejutkan, Diddy turut menyatakan bahawa ada insiden kecil yang melibatkan dirinya tercedera dan Haziq terjatuh. Diruangan manakah ia berlaku?

Apa yang pasti, AKM minggu ini turut mengupas isu mengenai cinta pura-pura AF yang setiap tahun ada saja dibangkitkan. Bagi mendapatkan kepastian, Noni dan Akim yang mengalami ada alasan tersendiri mengenai cinta pura-pura tersebut.

Bagaimanapun, atas alasan itu benarkah Akim sanggup menipu peminat semata-mata untuk menarik perhatian penonton AF? Jangan lepaskan peluang menonton sedutan persembahan mini konsert Kau dan Aku yang diadakan di Plaza Alam Sentral pada 27 Februari lalu.

Jom ikuti episod 5 AKM Rabu ini bermula jam 4 petang yang diwarnakan Maybelline

No comments:

Post a Comment