Pages

Saturday, March 13, 2010

BCL: Christian Persis Macam Ashraff


 Kalau di Malaysia, penyanyi kacak dari Filipina, Christian Bautista pernah bekerjasama dengan penyanyi berkaliber, Noryn Aziz,  di Indonesia pula, Christian berpeluang berduet  bersama isteri Ashraff Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari (BCL).

Tentu ramai yang hendak tahu apa yang diperkatakan BCL tentang Christian. Kata BCL, dia langsung tidak kekok menyanyi dengan Christian. Seolah-olah seperti sudah ada chemistry di antara dia si jejaka tampan itu.

Malah, BCL tidak segan silu menyatakan bahawa susuk tubuh dan gaya Christian saling tidak tumpah seperti suaminya, Ashraff.

"Christian seorang yang sangat ramah. Dia dan Ashraff mempunyai  banyak persamaan. Sampai ada ketika, saya seperti sudah faham apa yang dimahukan Christian tanpa diberitahunya," ujarnya.

Apa yang pasti, BCL dan Christian baru saja menjayakan  konsert di Snowbay, Taman Mini Indonesia Indah. Difahamkan konsert tersebut telah dibanjiri 2000 penonton yang berpeluang menyaksikan merka berduet dengan penuh serasi di atas pentas.

"Kami kenal sebulan sebelum konsert berlangsung. Ashraff juga sudah beberapa kali bertemu Christian. Mereka berdua pun berharap agar dapat membuat kerjasama di layar perak pula. Terus-terang, Ashraff tak cemburu langsung  dengan keserasian kami berdua. Ashraff ternyata cukup professional.

"Al-maklumlah, Ashraff juga banyak bekerjasama dengan wanita-wanita cantik di set lokasi penggambaran.  Jadi tak muncullah erti cemburu di antara kami berdua kalau hanya disebabkan perkara seperti ini," kata BCL yang mengharapkan supaya perkenalan dalam dunia profesional ini akan terus dapat kekal sebagai hubungan atas dasar persahabatan.

No comments:

Post a Comment