Pages

Friday, March 12, 2010

Faizal tahir pecah kan gitar rm10,000!!!

  Sewaktu  menjayakan konsert Satu Suara bersama Aizat dan Dato’Siti Nurhaliza, Murai Batu dapat tahu penyanyi Faizal Tahir sudah sembuh dan boleh beraksi seperti sedia kala.

Berita yang gembira itu bagaimanapun telah bertukar menjadi duka apabila Murai Batu diberitahu bahawa penyanyi bersuara sedap itu telah kembali sakit setelah telibat dengan kemalangan kecil di rumahnya.

Peristiwa  ituberlaku setelah Faizal  pulang dari menjayakan sebuah konsert yang dijayakan di Pulau Pinang pada hujung minggu lalu.  Faizal khabarnya telah terjatuh di bilik mandi rumahnya. Disebabkan itu, Faizal khabarnya  terpaksa berehat semula daripada melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan kegiatan seninya.

Malah, Faizal sendiri telah menelefon pihak pengurusan untuk membatalkan penglibatan beliau pada konsert Sabtu ini (13 Mac 2010) di Kluang, Johor apabila sakit kakinya itu sudah makin menyerang semula.

Dalam pada itu, Murai Batu telah menerima berita yang mengejutkan tentang Faizal. Khabarnya sewaktu mengadakan konsert di Pulau Pinang, Faizal telah telah mematahkan gitarnya yang bernilai RM10,000. Wah! Apa yang berlaku tu?

Difahamkan, Faizal melakukan tindakan sedemikian  kerana bengang dengan alat intrumen tersebut yang tiba-tiba rosak sewaktu mengadakan persembahan. Akibat geram Faizal terus mencampakkan gitar tersebut tetapi tidak dapat disambut krew lalu ianya terpatah dua.

Wah...kenapa sampai macam gitu sekali ye? Walaupun rosak bukankah, ianya boleh dibetulkan? Bagaimanapun ada suara sinis mengatakan Faizal sudah tidak suka dengan gitar tersebut kerana ia sering tidak berfungsi dengan baik dan masalah itu sering menghantui dirinya.

Pun begitu, gitar itu masih lagi ada dalam simpanan. Apakah rahsia di sebalik gitar itu. Hanya Faizal Tahir saja yang mampu menjawabnya. Yang penting, Murai Batu harap Faizal dalam keadaan sihat dan kembali

1 comment:

  1. takpe, duit dia banyak..haha..


    ttp://belogbagus.blogspot.com/

    ReplyDelete