Pages

Saturday, March 13, 2010

Kenapa Chris Golightly Digugurkan Dari Idol?




 
Belum pun apa-apa, American Idol Musim Ke-9 (AI9) sudah pun mula mencetuskan kontroversi pertamanya.

Apa tidaknya, nama  salah seorang peserta iaitu Chris Golightly telah digugurkan dalam program tersebut. Padahal, Golightly sebelum ini tersenarai sebagai antara 24 peserta yang layak melangkah ke separuh akhir program realiti hiburan paling popular di Amerika Syarikat itu.

Difahamkan, nama Golightly mula digugurkan apabila dia tiba-tiba tidak muncul dalam episod American Idol pada Rabu lalu. Tempatnya, bagaimanapun digantikan oleh pelajar kolej berusia 20 tahun, Tim Urban daripada Duncanville, Texas.

Dalam satu kenyataan yang diberikan oleh pihak stesen televisyen Fox, penguguran Golightly itu adalah disebabkan ketiadaannya untuk meneruskan pertandingan realiti hiburan itu dan tempatnya telah digantikan oleh Tim Urban.

Tapi, apakah sebab sebenar di sebalik pengguguran Golightly itu?

Inilah yang telah memeningkan kepala Golightly sendiri. Malah, dia juga sangat sedih dan kecewa apabila terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini.

"Apa yang berlaku ini sangat tidak adil. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Semuanya berjalan dalan keadaan yang sempurna waktu saya mula-mula dipilih dalam senarai Top 24.

"Tapi, perkara ini mula timbul apabila, bekas pengurus saya bernama Lawrence Franklin telah menghubungi 19 Entertianment dan memberitahu bahawa dia ketika ini sedang terikat dengan kontrak rakaman," katanya.

Tidak lama selepas itu, pihak Idol telah menghubunginya dan memberitahu bahawa dia kemungkinan akan disingkirkan sekiranya dia masih terikat dengan mana-mana kontrak rakaman.

"Saya kemudian terpaksa hubungi Franklin dan mengingatkan padanya bahawa kontrak saya sudah pun berakhir pada bulan yang sama ujibakat Idol berlangsung.

"Tapi, tiada apa yang dapat saya lakukan lagi. Sebab 2 atau 3 hari selepas itu, saya telah menerima sendiri panggilan daripada seprang produser Idol, Patrick Lynn yang kemudiannya memberiitahu bahawa saya  telah disingkirkan.

"Pada hari yang sama juga saya dan pihak Idol menerima emel yang sama daripada bekas pengurus saya yang cuba menjelaskan keadaan sebenar tentang situasi saya. Bahawa ada kesilapan tentang status saya tentang kontrak rakaman itu. Bahawa saya memang tidak terikat dengan mana-mana kontrak rakaman,"  katanya.

Ketika ini, kemungkinan untuk memasukkan semula Golightly di dalam Top24 AI9 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana tempatnya sudah pun digantikan dengan Tim. Malah, nama Tim sudah pun diuar-uarkan pihak Idol.

"Saya cuba untuk menghubungi pihak Idol untuk berbincang tentang perkara ini. Saya tinggalkan pesanan suara. Tetapi, tiada maklum balas yang saya terima daripada mereka. Tidak seorang pun," kata Golightly.

Golighly juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Fox atau pun pihak Idol.

"Saya tidak mahu ada sesiapa yang terguris hati dalam perkara ini. Saya hanya mahukan tempat dan hak saya saja," katanya.

Sumber yang dekat dengan Idol pula memberitahu bahawa penyingkiran Golightly bukanlah disebabkan tentang isu kontrak rakaman itu tetapi ia disebabkan kegagalan peserta itu berterus-terang dengan pihak produser tentang pengalaman muzik yang dimilikinya sewaktu dia menjalani beberapa siri uji bakat Idol sebelum ini.

Selain Tim Burton, peserta lelaki AI9 yang lain adalah Andrew Garcia, 24, Moreno Valley, California; Tyler Grady, 20, Nazareth, Pennsylvania; Alex Lambert, 19, North Richland Hills, Texas; Joe Munoz, 20, Huntington Park, California; John Park, 21, Evanston, Illinois dan Jermaine Sellers, 27, Joliet, Illinois.

Manakala peserta wanita pula terdiri daripada Crystal Bowersox, 24, Toledo, Ohio; Lacey Brown, 24, Amarillo, Texas; Michelle Delamor, 22, Miami; Siobhan Magnus, 20, Marstons Mills, Masschusetts; Paige Miles, 24, Houston, Texas; Ashley Rodriguez, 22, Chelsea, Masschusetts; Lilly Scott, 20, Denver; Katie Stevens, 17, Middlebury, Connecticut dan Haeley Vaughn, 16, Fort Collins, Colorado dan Janell Wheeler, 24, Tampa, Florida.

Turut tersenarai sebagai semi-finalis Top 24 adalah Didi Benami, 23, Los Angeles; Lee Dewyze, 23, Mount Prospect, Illinois; Katelyn Epperly, 19, West Des Moines, Iowa; Aaron Kelly, 16, Sonestown, Pennsylvania ; Casey James, 27, Fort Worth, Texas; Todrick Hall, 24, Arlington, Texas dan Michael "Big Mike" Lynche, 26, Astoria, New York.

No comments:

Post a Comment