Pages

Monday, March 15, 2010

Mila Semakin Manja Dengan Akim?


JUDUL: Jumbo Gajah Biru II
PENGARAH: Taweelarp Sriwootiwongse
ALIH SUARA: Akim (Jumbo) dan Mila (Luna)
DURASI: 92 minit
GENRE: Animasi, Hiburan keluarga, Pengembaraan




Sejak kebelakangan ini, Thailand memang cukup gah dengan filem-filem yang bergenre seram dan kebanyakan filem-filem seram yang dihasilkan ini pula pasti membuatkan penonton berasa seram sejuk.
Namun, kehadiran  filem animasi Jumbo Gajah Biru II mampu mengubah persepsi tersebut kerana ia bukan saja menghiburkan malah meninggalkan kesan yang cukup mendalam dari sudut mesejnya terutama dalam soal menghormati hubungan kekeluargaan. Lebih menarik, penonton dapat melihat bagaimana keserasian suara Akim dan Mila yang menjadi pasangan suami isteri dalam filem ini.


Ulasan Penuh

JGB mengisahkan seekor gajah biru bernama Jumbo (Akim) yang menjadi ketua angkatan perang Ayutthaya dan mempunyai isteri Luna-Gajah Merah Jambu (Mila).

Akibat terlalu komited terhadap kerjaya sebagai kapten perang, Jumbo mengguris hari Luna yang merajuk disebabkan Jumbo berubah perilaku serta tidak mengetahui Luna sudah mengandung.

Walaupun Jumbo dan berjanji tapi janji tersebut lenyap selepas dia dalam situasi bekerja. Oleh itu, Luna membawa diri ke Ban Hin Kao dan bertekad meninggalkan Jumbo kerana mahu melahirkan anaknya itu.

Perginya Luna ditemani seekor burung yang kecoh (Chiku) dan ibu Jumbo yang menjadi teman Luna.

Walaupun Jumbo dan Luna sudah berpisah selama 2 tahun, Jumbo tetap mengetahui bahawa dia mempunyai sepasang anak kembar (Barron dan Leah) melalui perutusan lukisan yang dihantar Chiku. Malah, Jumbo begitu teruja setiap kali mendengar berita dari Chiku.

Satu hari, Ban Hin Kao diserang pengganas dan telah meragut nyawa ibu Jumbo dan menculik Luna dan anaknya.

Berita sedih itu membuatkan Jumbo mengamuk dan terpaksa melepaskan tugasnya yang boleh mengakibatkan Jumbo dihukum mati. Jumbo tambah berang selepas mendengar Barron dan Leah bakal dijadikan korban musuh Ayutthaya.

Oleh itu, Jumbo berjanji tidak mahu melalaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Pada babak inilah muncul klimaks yang mana penonton dapat melihat perjuangan Jumbo yang cuba menyelamatkan anak-anaknya yang mempunyai karakter semirip Upin dan Ipin.

Lebih menyedihkan, Barron dan Leah tidak mahu mengaku Jumbo adalah bapa kandungnya. 

Berbalik pada pemilihan suara, penulis agak sangsi mengapa Akim dipilih kerana suara Akim kurang sesuai dengan watak ini kerana suara Jumbo sepatutnya matang dan menunjukkan seorang yang perkasa serta berjiwa bapa.

Tambah pelik, Akim yang mempunyai suara jantan sewaktu menyanyi berubah jadi bapa yang kurang bermaya. Mungkin faktor usia memainkan peranan penting dalam pemilihan watak.

Apa yang pasti, ada satu babak tidak lawak bertukar menjadi lawak selepas mendengar intonasi Akim yang cuba menjadi bapa. Terlalu dibuat-buat.

Bagaimanapun, Mila harus dipuji kerana pandai bermain emosi sehingga babak sedih Jumbo mati dirasai penonton.

Menyentuh mengenai animasi, JGBII belum sampai tahap animasi yang boleh dibanggakan seperti hasil karya dari Hollywood. Cubaan 3D yang ditampilkan masih lagi amatur dan adakala menjadi 2d saja.

Pemilihan dan darapan warna serta tekstur pada watak adakala tidak kena lebih-lebih pengcahayaan yang digunakan. Tekstur kulit gajah nampak macam plastik saja.

Lebih menghairankan, ton warna gelap sering dipilih sehinggakan perbezaan masa sukar nak dikenal pasti. Malah, akibat terlalu fokus pada karakter binatang, pergerakan animasi manusia persis robot dan adakala dilihat seperti dibuat sebagi tangkap muat atau lebih tepat sekadar ada saja. Macam baru belajar buat animasi.

Bagaimanapun, setiap kecacatan tersebut ditutupi dengan jalan cerita yang menyentuh seperti yang penulis katakan tadi. Apapun, penonton tergelak besar apabila babak cemas Jumbo yang mahu menyelamatkan Luna dari terjatuh dalam kawah turut diselitkan dengan dialog 'Awak Dah Gemuk'.

Kenakalan suara Akim terselah begitu juga dengan kemanjaan suara Mila yang didengar seperti sah menjadi isteri Akim. Kekuatan animasi juga terletak pada pengguasaan suara Chiku dan watak-watak kanak-kanak yang comel dan melucukan.

Secara kesimpulan, cerita ini memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk merasai cinta Akim dan Mila yang akhirnya menjadi pasangan suami isteri dalam animasi. Romantik habis!

1 comment:

  1. tak suka mila ganding dengan akim i dun know why..maybe lepas tgok cerita kau & aku kot :P

    ReplyDelete