
Bukan nak cakap apalah, walaupun kecik macam mana pun penampilannya kat dalam drama mahu pun filem yang dilakonnya, watak serta lakonannya mesti nampak menyerlah.
Maklumlah orang berilmu dan banyak belajar berlakon. Banyak jugalah kaedah-kaedah lakonan yang cuba digunakannya dalam persembahan lakonannya itu.
Bila sudah banyak kaedah lakonan yang cuba digunakan, kiranya memang nampak bersenilah gaya lakonannya itu. Kira nampak hebatlah, senang cerita.
Tapi yang tak sedapnya tu, bila dah nak sangat nampak berseni, si pelakon ini tak sedar yang dia ni dah menyusahkan orang lain terutama pelakon serta pihak krew produksi.
Apa taknya, hanya kerana 2 babak yang macam persembahan ala-ala pementasan sketsa, si pelakon ni sudah amik masa berjam-jam untuk menyiapkan 2 babak tersebut.
Bayangkanlah penggambaran yang bermula dari jam 6 petang itu masih tak siap-siap lagi sampai ke lewat pagi. Apa kes?
Kalau buat shooting untuk cerita aksi atau kisah epik, Murai Batu rasa semua orang pun boleh faham kenapa penggambaran 2 babak itu memakan masa yang lama.
Tapi, kalau hanya untuk 2 babak yang macam persembahan ala-ala pementasan sketsa tu, memang melampau sangatlah kalau benda macam tu mudah pun mengambil makan masa berjam-jam untuk disiapkan.
Puncanya si pelakon inilah. Part dia saja yang problem. Part orang lain semua okey. Kononnya dia nak nampakkan sangat art (seni). Sebab itu, penggambaran 2 babak itu terpaksa dibuat banyak kali samopai dragging ke lewat pagi.
Masalahnya, dia tak faham ke yang orang lain pun ada tugas lain serta komitmen masing-masing. Bukan nak mengadap dia dan melayan kerenah dia seorang je.
Entahlah, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa. Pada Murai Batulah, pelakon kalau hebat macam mana pun tapi kalau ada attitude tetap tak boleh berjaya. Jadi, cuba-cubalah ubahkan dulu attitude awak itu ya.
No comments:
Post a Comment