Pages

Monday, March 15, 2010

Wajah-wajah Bayi Selebriti


Setiap pasangan suami isteri pasti teruja menyambut kedatangan orang baru dalam keluarganya kerana cahaya mata adalah satu anugerah yang tidak ternilai olehNya.

Baru-baru ini ramai selebriti dikurniakan cahaya mata yang comel-comel dan ada yang baru sahaja memperkenalkan bayinya setelah beberapa bulan melahirkan.

Sesetengah selebriti enggan mendedahkan lebih awal bayinya ke media dan peminat atas alasan yang tersendiri, namun itu semua hak masing-masing untuk menentukannya.


Abby Abadi
Terpancar kebahagiaan di wajah Abby Abadi, 33 dan Norman Hakim, 34 ketika mereka menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka Maria Danisha tanggal 17 September 2008 disamping 2 anak mereka yang lain Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim.

Namun segalanya berubah kini apabila kebahagian yang dikecapi mereka tidak dapat bertahan lama. Selepas Norman dicekup berkhalwat dengan pelakon remaja, Memey Suhaiza, 20, pada penghujung Oktober 2008. Ketikaa itu,  Abby Abadi sahaja lepas habis berpantang selepas melahirkan si comel Maria Danisha.

Namun, kehadiran Maria Danisha sememangnya tidak dapat menyelamatkan rumahtangga Abby dan Norman yang sedang retak menanti belah. Akhirnya  Norman melafazkan cerai terhadap  Abby pada tanggal 18 Disember 2008.


Linda Jasmine

Bagi kareografer dan guru tari Linda Jasmine,ini adalah kali pertama beliau mendapat cahaya mata perempuan yang selama ini diidam-idamkannya iaitu Ratu Haidar.

Bayi perempuan comel itru adalah zuriat serta pengikat cinta kasih sayang yang termeteri di antara  Linda dan aktor Que Haidar. Sebelum ini, Lindadikuraniakan seorang anak lelaki, Qalif, hasil perkahwinan terdahulu.

Ratu Haidar pertama kali diperkenalkan kepada media pada usianya 4 bulan sejak dilahirkan menerusi pembedahan di Hospital Gleaneagles, Ampang kira-kira jam 2 petang, pada 26 Oktober lalu.


Ziana Zain
Dalam usia yang menjangkau usia 40-an, penyanyi Ziana Zain akhirnya selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelak dan perempuan iaitu Siti Nour Kaseh danb Muhammad Ariel yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, pada tanggal 23 Julai lalu, sekitar jam 10 pagi.

Namun pada peringkat awal bayi kembarnya selamat dilahirkan Ziana enggan mendedahkan bayinya dan beliau sendiri mengakui belum bersedia untuk keluar berjumpa media.

Setelah 8 bulan menyembunyikan kembarnya, Ziana akhirnya telah bersedia menunjukkan si kembar comel itu pada majlis sidang media sempena pembabitannya sebagai jurucakap produk rawatan pelangsing badan, Slim World Beauty House, di Hotel Cititel kemarin.


Eja
Siapa sangka si cantik manis Eja atau Siti Shahrizah Saifuddin selama ini adalah isteri orang sejak. Namun sesudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, akhirnya Eja tidak mampu merahsiakannya apabila beliau dikurniakan cahaya mata yang sangat comel yang  diberi nama Nur Eishal .

Ats sebab itu, Eja akhirnya memberanikan diri membuat pengakuan di hdapan pihak media bersama suaminya, Mohd Silahuddin Jamaluddin

Eja turut membawa bersama Nunr Eishal yuang ketika itu sudah pun memasuki usia 3 bulan.  Nur Eishal sebelum ini dilahirkan di Hospital P{akar Damansara pada 3 September 2009. Baru-baru ini gempar apabila orang gajinya didakwa telah mencederakan bayinya dan lari menghilangkan diri begitu sahaja.


Erra Fazira

Si comel Engku Aleesya Engku Emran sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera media dan peminat semenjak ia diperkenalkan oleh Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainalabidin. Tidak dinafikan si kecil ini sama naik popularitinya dengan ibunya Erra Fazira yang selama ini digelar primadona tanah air.

Sehinggakan Aleesya turut dipilih  sebagai duta produk Johnson's Baby dan sekaligus Erra dan Aleesya terlibat dalam program realiti Gugu Gaga Erra di Astro Ria.Kini bayi comel pasangan itu mendekati usia setahun sejak dia dilahirkan di Hospital P{akar Damansara, Petaling Jaya pada 30 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment