Pages

Saturday, March 13, 2010

Produser The Hurt Locker Kena Gam?


Belum pun apa-apa, acara tahunan Anugerah Academy Kali  Ke-82 sudah pun mencetuskan kontroversinya.

Apa tidaknya disebabkan kiriman satu  emel yang dihantar kepada seluruh ahli Academy yang memaksa mereka untuk mengundi filem The Hurt Locker, produsernya  Nicolas Chartier telah pun digam daripada menghadiri majlis anugerah penuh berprestij itu.

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh ahli komuniti Academy yang berpendapat bahawa tindakan Chartier  itu telah melanggar undang-undang serta etika yang selama ini diterapkan di dalam Oscar.

Sungguhpun begitu, Chartier akan dibenarkan untuk menerima trofi Oscarnya seandainya The Hurt Locker diangkat sebagai Filem Terbaik.

Pada 19 Februari lalu, Chartier telah menghantar kiriman email kepada seluruh ahli academy  untuk mendapatkan sokongan mereka bahawa The Hurt Locker bukanlah sebuah filem yang dihasilkan dengan bajet sebesar USD500 juta sepertimana yang digunakan James Cameron di dalam Avatar.

Pada waktu yang sama, Chartier juga mencadangkan kepada seluruh ahli academy yang kemudian telah dipaparkan di dalam akhbar The Los Angeles Times supaya meletakkan The Hurt Locker di dalam rangking yang pertama, manakala Avatar di rangking ke-10 untuk keseluruhan 10 filem terbaik yang telah dihasilkan sepanjang tahun ini.

Dalam satu lagi kiriman emel yang dihantar Chartier, dia telah memohon maaf di atas sikapnya dan ketelanjurannya itu.

"Sikap naif, tidak mengambil berat terhadap peraturan yang sudah ditetapkan dan kebodohan saya setelah dicalonkan di dalam Oscar bukanlah satu alasan untuk saya berbuat demikian. Saya sangat menyesal,"  katanya.

The Hurt Locker fdan Avatar dilihat bersaing sengit di dalam anugerah ini apabila masing-masing menerima 9 pencalonan kategori.

Avatar memenangi anugerah Globe Globe menerusi kategori  Drama Terbaik manakala The Hurt Locker telah menguasai penghormatan dan pujian hampir semua pengkritik dan karyawan seni di Hollywood.

Malah, dalam Anugerah Academy Film British, The Hurt Locker telah membenam pengaruh Avatar apabila meraih 6 anugerah termasuk Filem Terbaik.

1 comment:

  1. apa pon The Hurt Locker memang lebih bagus dari segi filem terbaik berbanding avatar yang lebih kepada pop corn movie...

    ReplyDelete